Thursday 26 April 2012

No Title available

Assalamualaikum.

kenapa masa aku dok pikir2 nak update entry tadi aku rasa macam idea mencurah2 ke ladang gandum. bila klik je kat "New Entry" semue pon terbang melayang di bawa angin lalu.sobs.

Okay2.. Tarik nafas.......Ahcchhuuuuuuumm! Oo mak aih dah bersawang rupenye blog ni..alahai ni yang lemah ni..
ni baru sebahagian je.xsanggup aku nak tunjuk keseluruhan section..

Spider telah pun berumah tangga & beranak pinak serta membina perkampungan di setiap penjuru blog aku ni..nak ku hapuskan tiada berdaya. maka aku dengan macho hebat lagi bergaya mengupah : 
pelatih-pelatih PLKN sessi 2 tahun 2010


membantu aku membersihkan semua tu..sebab aku xsanggup nak buat sendiri..
okay enough of pembuka bicara yang panjang berjela bukan lagi sepatah dua kata.waahh dah macam seloka!

sebenarnya sebagai pem"follow" ataupun bahasa indah nya pemblogwalker tegar... bukan blogger tegar ye?itu sangat bukan aku sebab aku xpandai buat header letop2 tu.watermark tu. letak iklang nuffnang tu..update blog pon setaon 2-3x je.(macam dah bertaon pulak blog ni bunyiknye) alangkah bersedih hatinya aku.eh!! ehem lupakan semua itu.smbung balik..

hari2 aku akan blogwalking ke blog feveret aku..ada la several..nk share kt cni xtau..memalukan je!!
aku juga saban hari menyimpan niat untuk update blog & share kat fb.tapi malu.. kerana sentiasa bimbang kan reaksi yang akan diterima.ewah..kau pikir kau sape yaya?ah persetan kan semua itu.

aku nak cerita jugak.seperti mana bersawang nya blog ni, begitu juga bersawang nya otak aku yang menyimpan berjuta idea untuk di hapdet kan kat sini...antaranya ialah : 

1. Entry majlis kawen aku.. (almost 4months dah berlalu..)
2. betapa aku ingin kan permata menghiasi hari2 aku & suami.ewah...lantak aku la kan?aku mmg suka budak.
3. Milo Ais vs Milo O (entry ni dah taip  tp xpublish)
4. kemarahan melampau kepada mulut tettt diluar sana.
5.perfume original yang aku jual
dan ada beberapa entry lagi yang sering mengganggu kosentrasi... (Entry hanya akan di hapdet berdasarkan undian & permintaan tinggi. Terima kasih.) sangat hanjeng disitu ye?


aku pon xpaham dan masih belum menyedari apakah motif sebenar enteri pada hari ini.sehingga kini kecelaruan emosi ini masih menyukarkan aku menyelami hakikat sebenar mengapa jari-jemari aku melajukan diri menaip setiap patah butir kata disini.sobss..

sebenarnya aku nak  mintak tolong pada otai2 blogger yang baik hati lagi cantek bergaya ajar aku cantik kan blog :D plss..

merayu dengan sepenuh hati dan jiwa dan raga.. 

ok lah bye!

p/s semua gmbr credit to google.