Thursday 24 May 2012

PART YANG PALING SAYA SUKA DALAM WEDDING !

<~ sila tekan like sebelum baca.haha keji.

Hah, begituuuuu kan tajuk nya.
Assalamualaikum.
Ehem..Ehem.. Ekcuali aku agak blurrr gitukan apekah yang perlu ditaip. Mase aku cari-cari iklan pertandingan yang  dianjurkan oleh KERJA KAHWIN tu aku bayangkan nak ceritakan / buat entry pasal majlis kahwin aku yang sudah 4bulan 26 hari berlalu.

kriikkk...kriikkkkk















Eh, apesal tibe-tibe ada cengkerik lak ni.ok fine.nak perli diri sendiri lah tu dah berbulan kawen tapi tak masukkan entry kawen sendiri..
Back to the story.eceh speaking pulok!

Part yang paling saya suka dalam wedding ialah :-

Jengjengjeng. ahaha okey2 seriusss.

MENCARI THEME COLOUR FOR THE EVENT

Kalau majlis kawen aku lah eh masa aku dok search2 theme colour yang sesuai, mase tu Kiki xrancak share idea lagi. (sorry kiki, sebut nama kat dalam ni pulok.nk pncing undi je ni.miahahaha)

Aku telah dipertemukan dengan satu blog seorang wanita agam dari penang yang jugak seorang tukang make-up yang  sangat cintakan fesyen yang telah membuat entry khas tentang colour-colour yang "in" untuk tahun tu. please click here :)


aku pon gigih download gambar-gambar yang disertakan kat dalam entry dye. Warna yang jadi pilihan masa tu ialah :
Ini adalah Canary Yellow :)

Purple + Dark Blue + biru air laut 

yg ni tak ingat pink nya pink apa .

yang ni kuning + biru
Ikot kan rasa hati aku nak buat tema Purple + Kuning.aku pon xtau kenapa mase dekat2 wed tu aku macam gile sangat dengan kaler kuning ni... tetapi hasilnya masa majlis kahwin aku, aku telah memakai ewah memakai ye.

Putih untuk nikah :)
gold + coklat + putih untuk malam berinai
(sory gambar kualiti cam tett sikit)
Yellow + Creme Colour untuk bersanding
dapat jugak kuning walaupon purple takde.


PELAMIN


Sebelum kawen, even afta dah jadi wife orang (No more naek plamin) aku masih giler kalau tengok pelamin cantik-cantik ni. Penyudahnya, kawan yang belum kawen jadi mangsanya, aku tunjukkan pelamin-pelamin cantik tu semua. konon nak bagi idea lah kan? Masa wedding aku, aku angankan pelamin yang macam santai & lari dari normalnya pelamin-pelamin yang ada sekarang ni & zaman dulu-dulu tu

hah camni.cantik & very inspired kan?
tapi disebabkan masalah-masalah yang xdapat dielakkan maka hajat aku xtercapai.TETAPIIII,
aku dapat pelamin yang teramat indah ini
taraaaa... cantik kan?aku tau.haha
gabungan warna Gold + Black + white.black ye bukan coklat :))
AKAD NIKAH

okey the most important part yang paling aku suka ialah semasa lafaz AKAD itu sendiri.diakui, masa aku pegi wedding orang aku selalu nangis kalau orang tu selesai je melafazkan akad tu. Tapi, masa kawen aku, aku xnanges pon,aku nanges mase sanding je.maybe sebab macam-macam masalah yang berlaku masa sebelum majlis tu membuatkan aku tak nak sedih-sedih & just nak enjoy the moment kan :) hah gituuuu

Aku terima nikahnya dengan sekali lafaz

Suami aku cakap dia pilih sendiri design untuk letak mas kahwin  &
rantai tu.tetibe dye cam sweet & romantik :P
BATAL AIR SEMBAHYANG

haha baca kat atas tu mesti cam hape je budak ni.sebenarnya dah alang-alang aku join contest ni aku pon nak lah buat entry kawen aku.kan kira macam sambil menyelam minom air gitu.

aku nikah kat masjid, so batal air semayang dibuat atas pelamin...

seutas rantai pengikat kasih.cewahh
Dan aku telah sah menjadi miliknya :)
 Dan for future bride yang masih kompius-kompius lagi about u'olls punye theme, nak carik baju kawen kat mana pon xtau kan bole lah add KERJA KAHWIN / like fanpage untuk kongsi-kongsi idea semua perkara dari A-Z tentang perkahwinan u'olls. tak pon kalau tak ada facebook silalah menghadirkan diri ke

Nanti kat sana ada ramai-ramai orang buka Booth so korang boleh lah pilih-pilih / survey ape-ape yang patot untuk wedding korang.kat sana for sure harge lain dari butik.maksudnya murah sikit lah. pilihan pon banyak dan of course macam-macam free gift bole dapat.(konfiden je aku)


ok sekian.bye

Friday 4 May 2012

In a relationship, Engaged, Married

Assalamamualaikum...

Sebenarnya idea ni datang malam semalam. Siap aku dah rangkakan baik punye kata-kata aluan, isi dan penutup yang aku agak bersesuaian. Tapi apakan daya malang menimpa diri...aku "Sign In" je tadi, idea tu terbang melayang bersama angin lalu yang membawa debu-debu pencemaran.chit!!!

TETAPI....

Ada tapinya disitu.... haha beriye je kan?
Aku berjaya meng'vakum' idea tu kembali supaya dapat aku mencernakan ke dalam entry pada hari ni (bajet macam idea entry ni 'masterpiece' je!!!)

okeh, seperti yang kite semua sedia maklum teknologi zaman skarang yang paling aku dan kebanyakan remaja kemaruk adalah FACEBOOK.. Yeah, hari ni aku pon nak cerita pasal mukabuku najewa latip tu...
#sila maklum entry ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah atau bakal menjadi aruwah.


In A Relationship


Kalau kita tengok sekarang ni kat pesbuk tu kan..aku panggil pesbuk jelah ye?senang sikit.sebab aku menyebut dalam hati sambil menaip entry.so, senang lah sikit, xberbelit hati menyebutnya.
ok sambung...kat pesbuk skarang ni kita semua boleh tengok budak-budak umur patbelastahun amek gambar jegil mata buat "peace" dok In a Relationship sana sini.bulan ni dengan >Bibiar Hemsem< bulan depan tukar pulak dengan ~Justin Kiut~. Masa zaman aku muda remaja dulu umur camni aku ngah ligat ponteng kelas lepak bilik guru untuk mengelakkan diri dari kena bantai ngan cikgu disiplin.baguihkan aku?ponteng kelas duduk bilik guru dengan alasan nak tolong cikgu!!budak zaman sekarang?hurrrmmmm.korang pikir lah sendiri.lagipun masa umur aku macam ni, aku tengok ja kawan-kawan aku kapel sana sini.aku xdak sapa nak sebab aku tak lawa.dah lah xlawa, perangai kasaq pulak tu!isyhh2.elok punya kutuk diri sendiri.eh tapi kan, masa umur aku bukan patbelastahun lah, lebih sikit.masa tu zaman MYSPACE & TAGGED.pesbuk blm ada.haha. maksudnya apa?teknologi sekarang dah canggih sangat.

Okeh selaku orang yang SUDAH berkahwin, sampai hari ni aku masih memikirkan apakah jadahnya semua itu?macam mana diorang tu bole cakap diorang tu bercinta sedangkan periksa yang diorang nak ambil masa tingkatan 3 pun diorang xtau panggil PMR ke SPM?hah sampai macam tuh sekali beremosi aku ni.habis terpelanting butang-butang keyboard ni.siapa pandai pasang, tolong jap?

Okeh boleh sambung dah...

Yang paling kelakarnya diorang ni pakat bercinta "Wall to Wall" <~ paham maksud yang cuba aku sampai kan??Wall to Wall itu ialah aku komen kat pesbuk kau.then kau pegi pulak kat pesbuk aku n balas.bukan didalam post yang sama ye?diulangi, BUKAN. dan perbuatan itu terus berlangsung selama mereka ber"couple".memenuhkan recent updates aku dengan kata-kata manja bersahaja.hah gitu!

#Umi, winduh larh kat abi.

 sat gi yang laki pulak balas

#Abi, wagi windurh kart umiey

pastuh pompuan lak reply lagi

#Abi typuh neyh.. Umi yunk winduh Abi leybeyh.

hah camtuh lah lebih kurangnya.yang pertama sekali, aku kurang mengerti bahasa ALIEN mana yang dia adapt dalam kehidupan seharian dia tu?kedua, masa buat karangan "literature", bahasa melayu panggil apa?lupa dah.dah lama tinggal sekolah.dia guna ejaan camtu ke?mau cikgu dia naek hangin bakar buku dye sekali ngan sekolah tempat dia mengajar sebab menyesal xberjaya mengajar bahasa melayu dengan betul.tekanan tau?pastuh kan, kalau dah berindu-rindu sampai sembilan hari xdapat keputusan siapa rindu siapa lebih, jadi apa pulak kan?

aku ingat nak lah letak pic tu kat sini..alah yang printscreen umi abi tu la.wahahha budak jaman sekarang enggak guna mama papa jahat lagih.tau enggak?

aku rasa entry ni aku kene ubah jadi #In A Relationship jelah sebab macam dah panjang sangat pulak nak masuk kan cerita Engaged & Married tu..
Nanti-nanti bila ada idea-idea mencurah aku sambung pulak.


inilah yang sedang berlaku apabila teknologi melampaui batas usia.kecik-kecik dah pandai deting!




bye.
#to be continued