Friday 4 May 2012

In a relationship, Engaged, Married

Assalamamualaikum...

Sebenarnya idea ni datang malam semalam. Siap aku dah rangkakan baik punye kata-kata aluan, isi dan penutup yang aku agak bersesuaian. Tapi apakan daya malang menimpa diri...aku "Sign In" je tadi, idea tu terbang melayang bersama angin lalu yang membawa debu-debu pencemaran.chit!!!

TETAPI....

Ada tapinya disitu.... haha beriye je kan?
Aku berjaya meng'vakum' idea tu kembali supaya dapat aku mencernakan ke dalam entry pada hari ni (bajet macam idea entry ni 'masterpiece' je!!!)

okeh, seperti yang kite semua sedia maklum teknologi zaman skarang yang paling aku dan kebanyakan remaja kemaruk adalah FACEBOOK.. Yeah, hari ni aku pon nak cerita pasal mukabuku najewa latip tu...
#sila maklum entry ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah atau bakal menjadi aruwah.


In A Relationship


Kalau kita tengok sekarang ni kat pesbuk tu kan..aku panggil pesbuk jelah ye?senang sikit.sebab aku menyebut dalam hati sambil menaip entry.so, senang lah sikit, xberbelit hati menyebutnya.
ok sambung...kat pesbuk skarang ni kita semua boleh tengok budak-budak umur patbelastahun amek gambar jegil mata buat "peace" dok In a Relationship sana sini.bulan ni dengan >Bibiar Hemsem< bulan depan tukar pulak dengan ~Justin Kiut~. Masa zaman aku muda remaja dulu umur camni aku ngah ligat ponteng kelas lepak bilik guru untuk mengelakkan diri dari kena bantai ngan cikgu disiplin.baguihkan aku?ponteng kelas duduk bilik guru dengan alasan nak tolong cikgu!!budak zaman sekarang?hurrrmmmm.korang pikir lah sendiri.lagipun masa umur aku macam ni, aku tengok ja kawan-kawan aku kapel sana sini.aku xdak sapa nak sebab aku tak lawa.dah lah xlawa, perangai kasaq pulak tu!isyhh2.elok punya kutuk diri sendiri.eh tapi kan, masa umur aku bukan patbelastahun lah, lebih sikit.masa tu zaman MYSPACE & TAGGED.pesbuk blm ada.haha. maksudnya apa?teknologi sekarang dah canggih sangat.

Okeh selaku orang yang SUDAH berkahwin, sampai hari ni aku masih memikirkan apakah jadahnya semua itu?macam mana diorang tu bole cakap diorang tu bercinta sedangkan periksa yang diorang nak ambil masa tingkatan 3 pun diorang xtau panggil PMR ke SPM?hah sampai macam tuh sekali beremosi aku ni.habis terpelanting butang-butang keyboard ni.siapa pandai pasang, tolong jap?

Okeh boleh sambung dah...

Yang paling kelakarnya diorang ni pakat bercinta "Wall to Wall" <~ paham maksud yang cuba aku sampai kan??Wall to Wall itu ialah aku komen kat pesbuk kau.then kau pegi pulak kat pesbuk aku n balas.bukan didalam post yang sama ye?diulangi, BUKAN. dan perbuatan itu terus berlangsung selama mereka ber"couple".memenuhkan recent updates aku dengan kata-kata manja bersahaja.hah gitu!

#Umi, winduh larh kat abi.

 sat gi yang laki pulak balas

#Abi, wagi windurh kart umiey

pastuh pompuan lak reply lagi

#Abi typuh neyh.. Umi yunk winduh Abi leybeyh.

hah camtuh lah lebih kurangnya.yang pertama sekali, aku kurang mengerti bahasa ALIEN mana yang dia adapt dalam kehidupan seharian dia tu?kedua, masa buat karangan "literature", bahasa melayu panggil apa?lupa dah.dah lama tinggal sekolah.dia guna ejaan camtu ke?mau cikgu dia naek hangin bakar buku dye sekali ngan sekolah tempat dia mengajar sebab menyesal xberjaya mengajar bahasa melayu dengan betul.tekanan tau?pastuh kan, kalau dah berindu-rindu sampai sembilan hari xdapat keputusan siapa rindu siapa lebih, jadi apa pulak kan?

aku ingat nak lah letak pic tu kat sini..alah yang printscreen umi abi tu la.wahahha budak jaman sekarang enggak guna mama papa jahat lagih.tau enggak?

aku rasa entry ni aku kene ubah jadi #In A Relationship jelah sebab macam dah panjang sangat pulak nak masuk kan cerita Engaged & Married tu..
Nanti-nanti bila ada idea-idea mencurah aku sambung pulak.


inilah yang sedang berlaku apabila teknologi melampaui batas usia.kecik-kecik dah pandai deting!




bye.
#to be continued


2 comments: