Monday 1 April 2013

It's been almost a year.

Assalamualaikum,

Yea. Almost a year blog ni terbiar. Banyak yang berlegar di minda tapi tak terzahir di jemari dan butir bicara. Ah damn! Feeling2 sangat nak bermadah pun tak boleh. Hahahahha Well, turn 23 this year. Sepatutnya aku jadi lebih matang bukan? Pengalaman sepatutnya banyak mengajar aku.

Oh well, terlalu banyak sebenarnya nak aku cerita. Tapi tak tau mana nak mula. Mungkin tak patut aku kembali ke sini membuka cerita. Diari maya yang aku biarkan begini lama.

Sebenarnya hari ini, banyak yang mengganggu fikiran aku. Bukan hari ini sahaja sebenarnya. Dah berhari-hari, mungkin juga minggu atau bulan. Selagi belum tutup mata, fikir, fikir, fikir. Keadaan kesihatan yang tak menentu, work loads, gaji lambat, office-mate POYO. Oh aku tak nak cerita pasal dia. Aku BENCI. Life as a wife. many-many more to tell. Masa dan kerajinan je yg jadi penghalang. 

Lets start. (Aku tidak mengeluh akan takdir aku. Aku hanya meluah rasa yang kadang tak tertanggung)

Nampaknya masalah aku banyak bermula di tempat aku menangguk rezeki. Adakah sudah tiba masa aku melangkah mencari rezeki di tempat lain. Kawan aku cakap aku terlalu selesa di sini sampai aku mengelak untuk bangkit mencari sesuatu pengalaman baru. Dulu alasan aku BONUS 3x setahun. Syarikat mana lagi nak bagi tawaran macam tu? Walaupun gaji tak semewah mana, tapi aku selesa. Mungkin aku lama sangat kat sini. Almost 3 years. Hahahah korang jangan jealous lagi, last bonus aku masa hari raya hari tu. So, TIADA istilah 3x setahun tu lagi. Bak kata wife bos merangkap akaun office, Company dah belanja terlalu banyak. Over expenses. Boss 1, beli Volkswagen Jetta & I Phone. Boss 2, Toyota Camry. Bos pon beli 2 Unit office yang masih dalam pembikinan. Harga? almost 2M. 2 Juta u'ouls. Sebab tu kot kami tak terima bonus walaupun salah satu projek yang aku involve dah siap. Tak apalah kan. Tak ada bonus pun. Apa dikejar sangat kemewahan dunia? Cemburu? memang lah cemburu dengan kawan-kawan yang dapat gaji lagi besar dari aku, tapi biarlah dahulu. (Siapa-siapa nak bagi aku contact kerja kosong, sila tinggalkan e-mail address / Contact No. di comment box. mihmihmih)


Kalau kesihatan pulak, sebenarnya aku mengharap sangat untuk menjadi ibu. Sangat-sangat berharap. Cumanya, Allah belum mengizinkan aku merasa nikmat yang satu itu. Teringin benar aku mendapat pahala sepanjang mengandung dan melahirkan (walaupun orang cakap bersalin tu sakiiiit sangat dan aku takut). Tapi, siapa aku nak mempersoalkan semua ni kan? Memang dah sedia tertulis jalan cerita aku. Allah takdirkan kesihatan aku kurang baik sejak kahwin. Haid datang 3-4bulan sekali, demam tu dah kerap kali. Yang paling harapan sekali, tanda-tanda kehamilan tu sendiri. aku kot yang obses beriya-iya. huhuhuhu Doktor cakap perubahan hormon semata.Sekarang, aku masih di situasi sama. Tidak haid dan tidak hamil. Sabar dan sabar. Doa dan doa. Selagi ada nyawa inshaa Allah. Semoga aku kuat dan tak patah. Andai ada kawan-kawan sudi doa bersama aku ucapkan terima kasih sangat-sangat.


Rasanya cukup lah untuk hari ini. Aku akan kembali lagi, Mungkin nanti.


Bye.




No comments:

Post a Comment