Tuesday 2 April 2013

Kawan.

Assalamualaikum. 

Sebenarnya tajuk ni aku terfikir semalam masa atas motor, balik keje meredah hujan. Tapi, harini dah lupa apa nak tulis.

Well, (well lagi) susah rasanya aku nak definisi ke difinasi ke definasi ke arghhhh tension lah macam ni. Okey2. Susah aku nak tafsirkan maksud kawan ni sebab sekarang ini, zaman ini susah kan nak jumpa orang yang betul-betul ikhlas dannnnnn sudi terima buruk baik kita. Yea, buruk baik ni bukan dalam bercinta sahaja adik-adik... Dalam persahabatan pun penting. 

Kalau aku, aku suka jadi aku. Tak kisah lah dengan suami aku atau kawan-kawan aku. Kalau aku boleh jadi aku, then aku mampu bertahan lama dengan seseorang tu. Suami aku adalah kawan aku. Sebab, aku tak perlu berpura-pura depan dia. 

So far, kawan sejati aku ada beberapa orang. Ye, yang ni lah yang sudi bertahan dengan aku masa orang buang aku, tak nak kawan dengan aku. Seorang ni nama dia FARAH NABILA BT KAMARUDIN. Sekarang dia tengah sambung degree kat UiTM Shah Alam. Kawan dengan aku dari form 1. Sangat-sangat bertolak ansur dengan perangai aku. Tak buang aku, tak ejek aku, kalau gaduh pun kejap2 je. Mana boleh gaduh lama-lama. Gila aku nanti. heheh. Masa aku kahwin arituh, dia lah pengepit aku. hehhe. Thanks syg. 

Seorang lagi pulak nama dia NUR HAZIRAH BT HAMDAN. Ira ni sama dengan aku, dah kahwin. hihihi. Dia kahwin masa ulangtahun pertunangan aku yang pertama. 31/8/2012, dengan chenta hati dia dari zaman sekolah. Cinta legend tu. hehehehe. Ira sekarang belajar jugak, Medic kat Alexandria, Mesir. Jauh kan? Kitorang berhubung pun melalui whatsapp, fb, instagram. Thanks to technology. Masa aku kahwin jugak, ira sanggup call aku all the way from Egypt just to congrats me and nangis-nangis sama. Aku sayang diorang ni. Bagus kawan-kawan aku ni, sebab diorang kejar cita-cita diorang. Aku? Baru merasa pegang duit sikit dah tak nak sambung belajar. Ruginya kan? Rugi sangat.

Gay Friend aku yang tersayang adalah HAZIQ. (sorylah haziq aku tak hafal full name kau). hahahhaha No heart feeling dude. Hujung bulan ni kita pegi Sunway lagoon eh? Modal sdn bhd. hahahha Dia pengepit aku jugak masa kahwin. Kitorg mula rapat masa belajar matematik sama-sama kat tangga, masa nak SPM dulu-dulu. Haziq ni tak sama kelas dengan kitorang. Kelas dia berada di tingkat 2 dan kelas aku dan Farah di tingkat 3. So, meet up point adalah tangga :).. Seronok sangat masa tu sebab kitorag ni duduk bersila atas lantai, bukak buku banyak-banyak.. Orang nak lalu lalang pun susah. Masa tu Ira tak ada dah, dia dah masuk MRSM. Pandaikan dia? Haziq ni dulu bf adik Farah, lepas tu rapat dengan Farah dan kemudian baru aku. Alhamdulillah, masih kekal sampai sekarang. Harap-harap sampai Farah kahwin dengan Haziq, eh Farah dengan Haziq kahwin. Eh!!! Alaaaa. sampai ada anak, sampai anak kitorang kahwin, sampai dapat cucu. Sampai mati lah senang cerita.

Bila dah berkerja ni, ramai jugak orang aku jumpa. yelah dari umur 18 aku kerja kan. Kata orang dari kurus sampai gemuk macam ni lah. Macam-macam ragam, pernah je kena tikam belakang. Pernah jugak kawan jadi adik ipar akhirnya. Seriously. Sekarang dah jadi adik ipar aku. Kerja yang sekarang pulak, hurmm mungkin orang cakap tak kenal hati budi lagi. Kenal pun berapa lama je kan. So, kenal tahap mana je pun. Adalah rapat seorang dua, tapi hubungan tu pasang surut.Kadang-kadang susah jugak nak faham hati orang kan. Kalau kawan dari kecik tu lain lah ceritanya. Susah nak faham, susah jugak nak jaga hati. Tapi inilah kawan yang ada depan mata kita hari-hari, yang nak dengar keluh baik pasal kerja ataupun peribadi. Kawan mengumpat, kawan bergurau, kawan bergaduh jugak. Teara & Lynn. Thanks sebab sudi jadi kawan si buruk ni. :) Lain kali aku cerita pasal diorang pulak. Banyak nak mengata diorang ni. hahahhaha Lynn & Teara, if you guys read this, korang adalah best among the best. :*

Cukup setakat ini, untuk hari ini. No. Untuk pagi ini. Aku akan kembali lagi. Mungkin aku patut lebih kerap menulis, instead of fikirrrrr sahaja dan membebankan seorang aku. Aku sukakan terapi ini. 

P/S : tak boleh malas menulis lagi :) 

P/SS : nanti-nanti aku kongsi gambar si comel2 dalam hati aku ini yea? 


Bye.




2 comments:

  1. semalam nape ntah akak xleh nak post comment...dah la byk bende nak komen..hari ni lupe sudah..haha

    dapat baca balik cite2 awk ni..welkem bek...hehehehe

    ni la hidup dik...bebel je byk2 kat blog ni..lagi bes ape...^_^

    ReplyDelete
  2. alololo malu lah kite cenggini kak... rase nye, akk lah satu2nye pembace blog ni ekekeke.. nnti kite update lg ye :)

    ReplyDelete