Friday, 10 January 2014

Waiting list

Assalamualaikum.

Been a very very very long time huh?

Aku ni selalu ada masalah dengan intro. So, terus masuk jelah ye. Why waiting list?

Well, aku dah kahwin dua tahun. 31/12.
Mana-mana aku pegi orang suka tanya, dah kahwin ke? oooo anak berapa orang.

Jujur aku cakap aku belajar untuk redha kalau Allah takdirkan aku tak berpeluang untuk dapat pahala jihad masa mengandung. Mahupon pahala syahid sebab mati masa bersalin atau 40 hari lepas tu. Gila siapa yang tak nak mati syahid kan?

Fuhhhh.... Bukan senang aku nak keluarkan entri ni.

Aku pernah usaha. Macam-macam aku buat. Tapi belum masa lagi untuk aku jadi ibu. Give up. Frust. You name it. Apa yang aku tak rasa.

Aku ada terfikir nak ambil anak angkat, some of my family setuju. Tapi abang aku yang tunggu 7 tahun untuk puteri dia hadir dalam hidup dia, tak setuju dengan idea gila aku. Well, tak lah gila sangat.

So, aku kembali kepada usaha aku. Jamu (aku panggil jamu, tapi sebenarnya tu macam jus-jus kesihatan), urut, ubat doktor, semua. Mana yang termampulah. aku buat. Macam orang sakit tenat pon ye jugak. Hidup aku, pagi petang siang malam ubat-ubatan teman. Jelak dah tekak aku menghadap benda ni semua.

Sumpah! Bukan niat aku merungut kat sini, menidakkan takdir Allah untuk aku. Tapi aku perlu luahkan. Perlu. Aku nyaris gila dengan semua ni. Kerap jugak aku fikir macam mana abang & akak ipar aku hadap 7 tahun, mengharapkan sampai 'turn' dia.

Last sekali, aku sekarang ni lewat PMS. dah lewat 2 minggu. Aku siap pakej, demam, muntah-muntah, selera makan kelaut. Semua lah. Sakit PCOS aku makin pulih lepas aku turunkan sikit berat aku ni. Dan.... aku buat UPT hasilnya -ve.

Aku bajet-bajet cool sebab suami dan akak aku ada kat rumah tadi. Last-last banjir jugak kat riba suami. Gara-gara aku rasa macam suami benci aku sebab tak mampu bagi dia zuriat yang dia tunggu-tunggu. Aku baring kat riba dia, dia macam tak layan. Aku sentap habis ingat dia marah aku.

Dia cakap, sabar. Allah bagi nanti. Sabar.

Ayat-ayat penyabar dia tulah yang selalu jadi sebab untuk aku berhenti menangis.

I am not good when its come to giving up hope. Aku akan jadi macam orang yang hilang pedoman, tak ada agama, cakap merapu-rapu. Bila dah cool, baru sedar yang aku dah cakap macam orang yang tak ada iman.

Semoga Allah terus kuatkan aku, tabahkan aku.

Hari tu akan tiba. Aku tunggu. Inshaa Allah. Turn aku akan sampai jugak kan?

Aku nak tido. Bye!

##Rumah dah ada wi-fi semula. Happy 2nd anniversary love. Seronok update blog guna gajet baru hadiah sayang ni.

Thursday, 5 September 2013

Selamat 2 tahun bertunang.

Assalamualaikum wbt.

Hahahahahaha tajuk merapu apa entah.

Well, 31 Ogos 2013 lepas, genap lah 2 tahun usia pertunangan aku dan suami. Ye, dah kahwin pun. Tapi aku nak jugak sambut. Suka hati akulah kan? heheh.

Hurmm, dah habis idea lagi. hahah

K. Bye.

Ketandusan.

Assalamualaikum wbt.

Setiap kali mula menulis, aku mesti kena cakap sorry sebab lama abaikan blog ni. Nak buat macam mana, aku suka membaca tapi malas nak menulis. Maaf, maaf, maaf.

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Merdeka Malaysia. Selamat naik harga minyak juga LOL :P

Aku macam kering idea sikitlah nak menulis hari ni. Nanti aku datang balik ye? Walaupun belum tau lagi bila masanya. Maaf lagi.

Psst.... Doakan aku dapat baby ye. Nak sangat. T_T

Tuesday, 2 April 2013

Kawan.

Assalamualaikum. 

Sebenarnya tajuk ni aku terfikir semalam masa atas motor, balik keje meredah hujan. Tapi, harini dah lupa apa nak tulis.

Well, (well lagi) susah rasanya aku nak definisi ke difinasi ke definasi ke arghhhh tension lah macam ni. Okey2. Susah aku nak tafsirkan maksud kawan ni sebab sekarang ini, zaman ini susah kan nak jumpa orang yang betul-betul ikhlas dannnnnn sudi terima buruk baik kita. Yea, buruk baik ni bukan dalam bercinta sahaja adik-adik... Dalam persahabatan pun penting. 

Kalau aku, aku suka jadi aku. Tak kisah lah dengan suami aku atau kawan-kawan aku. Kalau aku boleh jadi aku, then aku mampu bertahan lama dengan seseorang tu. Suami aku adalah kawan aku. Sebab, aku tak perlu berpura-pura depan dia. 

So far, kawan sejati aku ada beberapa orang. Ye, yang ni lah yang sudi bertahan dengan aku masa orang buang aku, tak nak kawan dengan aku. Seorang ni nama dia FARAH NABILA BT KAMARUDIN. Sekarang dia tengah sambung degree kat UiTM Shah Alam. Kawan dengan aku dari form 1. Sangat-sangat bertolak ansur dengan perangai aku. Tak buang aku, tak ejek aku, kalau gaduh pun kejap2 je. Mana boleh gaduh lama-lama. Gila aku nanti. heheh. Masa aku kahwin arituh, dia lah pengepit aku. hehhe. Thanks syg. 

Seorang lagi pulak nama dia NUR HAZIRAH BT HAMDAN. Ira ni sama dengan aku, dah kahwin. hihihi. Dia kahwin masa ulangtahun pertunangan aku yang pertama. 31/8/2012, dengan chenta hati dia dari zaman sekolah. Cinta legend tu. hehehehe. Ira sekarang belajar jugak, Medic kat Alexandria, Mesir. Jauh kan? Kitorang berhubung pun melalui whatsapp, fb, instagram. Thanks to technology. Masa aku kahwin jugak, ira sanggup call aku all the way from Egypt just to congrats me and nangis-nangis sama. Aku sayang diorang ni. Bagus kawan-kawan aku ni, sebab diorang kejar cita-cita diorang. Aku? Baru merasa pegang duit sikit dah tak nak sambung belajar. Ruginya kan? Rugi sangat.

Gay Friend aku yang tersayang adalah HAZIQ. (sorylah haziq aku tak hafal full name kau). hahahhaha No heart feeling dude. Hujung bulan ni kita pegi Sunway lagoon eh? Modal sdn bhd. hahahha Dia pengepit aku jugak masa kahwin. Kitorg mula rapat masa belajar matematik sama-sama kat tangga, masa nak SPM dulu-dulu. Haziq ni tak sama kelas dengan kitorang. Kelas dia berada di tingkat 2 dan kelas aku dan Farah di tingkat 3. So, meet up point adalah tangga :).. Seronok sangat masa tu sebab kitorag ni duduk bersila atas lantai, bukak buku banyak-banyak.. Orang nak lalu lalang pun susah. Masa tu Ira tak ada dah, dia dah masuk MRSM. Pandaikan dia? Haziq ni dulu bf adik Farah, lepas tu rapat dengan Farah dan kemudian baru aku. Alhamdulillah, masih kekal sampai sekarang. Harap-harap sampai Farah kahwin dengan Haziq, eh Farah dengan Haziq kahwin. Eh!!! Alaaaa. sampai ada anak, sampai anak kitorang kahwin, sampai dapat cucu. Sampai mati lah senang cerita.

Bila dah berkerja ni, ramai jugak orang aku jumpa. yelah dari umur 18 aku kerja kan. Kata orang dari kurus sampai gemuk macam ni lah. Macam-macam ragam, pernah je kena tikam belakang. Pernah jugak kawan jadi adik ipar akhirnya. Seriously. Sekarang dah jadi adik ipar aku. Kerja yang sekarang pulak, hurmm mungkin orang cakap tak kenal hati budi lagi. Kenal pun berapa lama je kan. So, kenal tahap mana je pun. Adalah rapat seorang dua, tapi hubungan tu pasang surut.Kadang-kadang susah jugak nak faham hati orang kan. Kalau kawan dari kecik tu lain lah ceritanya. Susah nak faham, susah jugak nak jaga hati. Tapi inilah kawan yang ada depan mata kita hari-hari, yang nak dengar keluh baik pasal kerja ataupun peribadi. Kawan mengumpat, kawan bergurau, kawan bergaduh jugak. Teara & Lynn. Thanks sebab sudi jadi kawan si buruk ni. :) Lain kali aku cerita pasal diorang pulak. Banyak nak mengata diorang ni. hahahhaha Lynn & Teara, if you guys read this, korang adalah best among the best. :*

Cukup setakat ini, untuk hari ini. No. Untuk pagi ini. Aku akan kembali lagi. Mungkin aku patut lebih kerap menulis, instead of fikirrrrr sahaja dan membebankan seorang aku. Aku sukakan terapi ini. 

P/S : tak boleh malas menulis lagi :) 

P/SS : nanti-nanti aku kongsi gambar si comel2 dalam hati aku ini yea? 


Bye.




Monday, 1 April 2013

It's been almost a year.

Assalamualaikum,

Yea. Almost a year blog ni terbiar. Banyak yang berlegar di minda tapi tak terzahir di jemari dan butir bicara. Ah damn! Feeling2 sangat nak bermadah pun tak boleh. Hahahahha Well, turn 23 this year. Sepatutnya aku jadi lebih matang bukan? Pengalaman sepatutnya banyak mengajar aku.

Oh well, terlalu banyak sebenarnya nak aku cerita. Tapi tak tau mana nak mula. Mungkin tak patut aku kembali ke sini membuka cerita. Diari maya yang aku biarkan begini lama.

Sebenarnya hari ini, banyak yang mengganggu fikiran aku. Bukan hari ini sahaja sebenarnya. Dah berhari-hari, mungkin juga minggu atau bulan. Selagi belum tutup mata, fikir, fikir, fikir. Keadaan kesihatan yang tak menentu, work loads, gaji lambat, office-mate POYO. Oh aku tak nak cerita pasal dia. Aku BENCI. Life as a wife. many-many more to tell. Masa dan kerajinan je yg jadi penghalang. 

Lets start. (Aku tidak mengeluh akan takdir aku. Aku hanya meluah rasa yang kadang tak tertanggung)

Nampaknya masalah aku banyak bermula di tempat aku menangguk rezeki. Adakah sudah tiba masa aku melangkah mencari rezeki di tempat lain. Kawan aku cakap aku terlalu selesa di sini sampai aku mengelak untuk bangkit mencari sesuatu pengalaman baru. Dulu alasan aku BONUS 3x setahun. Syarikat mana lagi nak bagi tawaran macam tu? Walaupun gaji tak semewah mana, tapi aku selesa. Mungkin aku lama sangat kat sini. Almost 3 years. Hahahah korang jangan jealous lagi, last bonus aku masa hari raya hari tu. So, TIADA istilah 3x setahun tu lagi. Bak kata wife bos merangkap akaun office, Company dah belanja terlalu banyak. Over expenses. Boss 1, beli Volkswagen Jetta & I Phone. Boss 2, Toyota Camry. Bos pon beli 2 Unit office yang masih dalam pembikinan. Harga? almost 2M. 2 Juta u'ouls. Sebab tu kot kami tak terima bonus walaupun salah satu projek yang aku involve dah siap. Tak apalah kan. Tak ada bonus pun. Apa dikejar sangat kemewahan dunia? Cemburu? memang lah cemburu dengan kawan-kawan yang dapat gaji lagi besar dari aku, tapi biarlah dahulu. (Siapa-siapa nak bagi aku contact kerja kosong, sila tinggalkan e-mail address / Contact No. di comment box. mihmihmih)


Kalau kesihatan pulak, sebenarnya aku mengharap sangat untuk menjadi ibu. Sangat-sangat berharap. Cumanya, Allah belum mengizinkan aku merasa nikmat yang satu itu. Teringin benar aku mendapat pahala sepanjang mengandung dan melahirkan (walaupun orang cakap bersalin tu sakiiiit sangat dan aku takut). Tapi, siapa aku nak mempersoalkan semua ni kan? Memang dah sedia tertulis jalan cerita aku. Allah takdirkan kesihatan aku kurang baik sejak kahwin. Haid datang 3-4bulan sekali, demam tu dah kerap kali. Yang paling harapan sekali, tanda-tanda kehamilan tu sendiri. aku kot yang obses beriya-iya. huhuhuhu Doktor cakap perubahan hormon semata.Sekarang, aku masih di situasi sama. Tidak haid dan tidak hamil. Sabar dan sabar. Doa dan doa. Selagi ada nyawa inshaa Allah. Semoga aku kuat dan tak patah. Andai ada kawan-kawan sudi doa bersama aku ucapkan terima kasih sangat-sangat.


Rasanya cukup lah untuk hari ini. Aku akan kembali lagi, Mungkin nanti.


Bye.




Thursday, 24 May 2012

PART YANG PALING SAYA SUKA DALAM WEDDING !

<~ sila tekan like sebelum baca.haha keji.

Hah, begituuuuu kan tajuk nya.
Assalamualaikum.
Ehem..Ehem.. Ekcuali aku agak blurrr gitukan apekah yang perlu ditaip. Mase aku cari-cari iklan pertandingan yang  dianjurkan oleh KERJA KAHWIN tu aku bayangkan nak ceritakan / buat entry pasal majlis kahwin aku yang sudah 4bulan 26 hari berlalu.

kriikkk...kriikkkkk















Eh, apesal tibe-tibe ada cengkerik lak ni.ok fine.nak perli diri sendiri lah tu dah berbulan kawen tapi tak masukkan entry kawen sendiri..
Back to the story.eceh speaking pulok!

Part yang paling saya suka dalam wedding ialah :-

Jengjengjeng. ahaha okey2 seriusss.

MENCARI THEME COLOUR FOR THE EVENT

Kalau majlis kawen aku lah eh masa aku dok search2 theme colour yang sesuai, mase tu Kiki xrancak share idea lagi. (sorry kiki, sebut nama kat dalam ni pulok.nk pncing undi je ni.miahahaha)

Aku telah dipertemukan dengan satu blog seorang wanita agam dari penang yang jugak seorang tukang make-up yang  sangat cintakan fesyen yang telah membuat entry khas tentang colour-colour yang "in" untuk tahun tu. please click here :)


aku pon gigih download gambar-gambar yang disertakan kat dalam entry dye. Warna yang jadi pilihan masa tu ialah :
Ini adalah Canary Yellow :)

Purple + Dark Blue + biru air laut 

yg ni tak ingat pink nya pink apa .

yang ni kuning + biru
Ikot kan rasa hati aku nak buat tema Purple + Kuning.aku pon xtau kenapa mase dekat2 wed tu aku macam gile sangat dengan kaler kuning ni... tetapi hasilnya masa majlis kahwin aku, aku telah memakai ewah memakai ye.

Putih untuk nikah :)
gold + coklat + putih untuk malam berinai
(sory gambar kualiti cam tett sikit)
Yellow + Creme Colour untuk bersanding
dapat jugak kuning walaupon purple takde.


PELAMIN


Sebelum kawen, even afta dah jadi wife orang (No more naek plamin) aku masih giler kalau tengok pelamin cantik-cantik ni. Penyudahnya, kawan yang belum kawen jadi mangsanya, aku tunjukkan pelamin-pelamin cantik tu semua. konon nak bagi idea lah kan? Masa wedding aku, aku angankan pelamin yang macam santai & lari dari normalnya pelamin-pelamin yang ada sekarang ni & zaman dulu-dulu tu

hah camni.cantik & very inspired kan?
tapi disebabkan masalah-masalah yang xdapat dielakkan maka hajat aku xtercapai.TETAPIIII,
aku dapat pelamin yang teramat indah ini
taraaaa... cantik kan?aku tau.haha
gabungan warna Gold + Black + white.black ye bukan coklat :))
AKAD NIKAH

okey the most important part yang paling aku suka ialah semasa lafaz AKAD itu sendiri.diakui, masa aku pegi wedding orang aku selalu nangis kalau orang tu selesai je melafazkan akad tu. Tapi, masa kawen aku, aku xnanges pon,aku nanges mase sanding je.maybe sebab macam-macam masalah yang berlaku masa sebelum majlis tu membuatkan aku tak nak sedih-sedih & just nak enjoy the moment kan :) hah gituuuu

Aku terima nikahnya dengan sekali lafaz

Suami aku cakap dia pilih sendiri design untuk letak mas kahwin  &
rantai tu.tetibe dye cam sweet & romantik :P
BATAL AIR SEMBAHYANG

haha baca kat atas tu mesti cam hape je budak ni.sebenarnya dah alang-alang aku join contest ni aku pon nak lah buat entry kawen aku.kan kira macam sambil menyelam minom air gitu.

aku nikah kat masjid, so batal air semayang dibuat atas pelamin...

seutas rantai pengikat kasih.cewahh
Dan aku telah sah menjadi miliknya :)
 Dan for future bride yang masih kompius-kompius lagi about u'olls punye theme, nak carik baju kawen kat mana pon xtau kan bole lah add KERJA KAHWIN / like fanpage untuk kongsi-kongsi idea semua perkara dari A-Z tentang perkahwinan u'olls. tak pon kalau tak ada facebook silalah menghadirkan diri ke

Nanti kat sana ada ramai-ramai orang buka Booth so korang boleh lah pilih-pilih / survey ape-ape yang patot untuk wedding korang.kat sana for sure harge lain dari butik.maksudnya murah sikit lah. pilihan pon banyak dan of course macam-macam free gift bole dapat.(konfiden je aku)


ok sekian.bye

Friday, 4 May 2012

In a relationship, Engaged, Married

Assalamamualaikum...

Sebenarnya idea ni datang malam semalam. Siap aku dah rangkakan baik punye kata-kata aluan, isi dan penutup yang aku agak bersesuaian. Tapi apakan daya malang menimpa diri...aku "Sign In" je tadi, idea tu terbang melayang bersama angin lalu yang membawa debu-debu pencemaran.chit!!!

TETAPI....

Ada tapinya disitu.... haha beriye je kan?
Aku berjaya meng'vakum' idea tu kembali supaya dapat aku mencernakan ke dalam entry pada hari ni (bajet macam idea entry ni 'masterpiece' je!!!)

okeh, seperti yang kite semua sedia maklum teknologi zaman skarang yang paling aku dan kebanyakan remaja kemaruk adalah FACEBOOK.. Yeah, hari ni aku pon nak cerita pasal mukabuku najewa latip tu...
#sila maklum entry ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah atau bakal menjadi aruwah.


In A Relationship


Kalau kita tengok sekarang ni kat pesbuk tu kan..aku panggil pesbuk jelah ye?senang sikit.sebab aku menyebut dalam hati sambil menaip entry.so, senang lah sikit, xberbelit hati menyebutnya.
ok sambung...kat pesbuk skarang ni kita semua boleh tengok budak-budak umur patbelastahun amek gambar jegil mata buat "peace" dok In a Relationship sana sini.bulan ni dengan >Bibiar Hemsem< bulan depan tukar pulak dengan ~Justin Kiut~. Masa zaman aku muda remaja dulu umur camni aku ngah ligat ponteng kelas lepak bilik guru untuk mengelakkan diri dari kena bantai ngan cikgu disiplin.baguihkan aku?ponteng kelas duduk bilik guru dengan alasan nak tolong cikgu!!budak zaman sekarang?hurrrmmmm.korang pikir lah sendiri.lagipun masa umur aku macam ni, aku tengok ja kawan-kawan aku kapel sana sini.aku xdak sapa nak sebab aku tak lawa.dah lah xlawa, perangai kasaq pulak tu!isyhh2.elok punya kutuk diri sendiri.eh tapi kan, masa umur aku bukan patbelastahun lah, lebih sikit.masa tu zaman MYSPACE & TAGGED.pesbuk blm ada.haha. maksudnya apa?teknologi sekarang dah canggih sangat.

Okeh selaku orang yang SUDAH berkahwin, sampai hari ni aku masih memikirkan apakah jadahnya semua itu?macam mana diorang tu bole cakap diorang tu bercinta sedangkan periksa yang diorang nak ambil masa tingkatan 3 pun diorang xtau panggil PMR ke SPM?hah sampai macam tuh sekali beremosi aku ni.habis terpelanting butang-butang keyboard ni.siapa pandai pasang, tolong jap?

Okeh boleh sambung dah...

Yang paling kelakarnya diorang ni pakat bercinta "Wall to Wall" <~ paham maksud yang cuba aku sampai kan??Wall to Wall itu ialah aku komen kat pesbuk kau.then kau pegi pulak kat pesbuk aku n balas.bukan didalam post yang sama ye?diulangi, BUKAN. dan perbuatan itu terus berlangsung selama mereka ber"couple".memenuhkan recent updates aku dengan kata-kata manja bersahaja.hah gitu!

#Umi, winduh larh kat abi.

 sat gi yang laki pulak balas

#Abi, wagi windurh kart umiey

pastuh pompuan lak reply lagi

#Abi typuh neyh.. Umi yunk winduh Abi leybeyh.

hah camtuh lah lebih kurangnya.yang pertama sekali, aku kurang mengerti bahasa ALIEN mana yang dia adapt dalam kehidupan seharian dia tu?kedua, masa buat karangan "literature", bahasa melayu panggil apa?lupa dah.dah lama tinggal sekolah.dia guna ejaan camtu ke?mau cikgu dia naek hangin bakar buku dye sekali ngan sekolah tempat dia mengajar sebab menyesal xberjaya mengajar bahasa melayu dengan betul.tekanan tau?pastuh kan, kalau dah berindu-rindu sampai sembilan hari xdapat keputusan siapa rindu siapa lebih, jadi apa pulak kan?

aku ingat nak lah letak pic tu kat sini..alah yang printscreen umi abi tu la.wahahha budak jaman sekarang enggak guna mama papa jahat lagih.tau enggak?

aku rasa entry ni aku kene ubah jadi #In A Relationship jelah sebab macam dah panjang sangat pulak nak masuk kan cerita Engaged & Married tu..
Nanti-nanti bila ada idea-idea mencurah aku sambung pulak.


inilah yang sedang berlaku apabila teknologi melampaui batas usia.kecik-kecik dah pandai deting!




bye.
#to be continued